Pertemuan Penulis Blog

PENGUMUMAN

Satu pertemuan Penulis-penulis Blog (Blogger) Daerah Hulu Langat dan kawasan sekitarnya dirancang  akan diadakan pada bulan Disember 2010 di Kajang, Selangor.

Tempat, tarikh dan masa pertemuan akan diberitahu kemudian.



Pertemuan ini bertujuan antara lain untuk:
  1. Menghimpunkan Penulis-penulis Blog bagi menubuhkan sebuah persatuan (NGO) di Daerah Hulu Langat.
  2. Menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat di bidang ICT khususnya dalam pembangunan laman blog.
  3. Menlahirkan para Penulis Blog yang berkaliber  di samping membangunkan laman blog yang bermaklumat lagi berfaedah.
  4. Melahirkan  Penulis Blog yang beretika dan  menjadikan blog  sebagai media pilihan yang  adil,  seimbang  dan boleh diyakini.
  5. Memartab dan memperkasakan Blogger sebagai Penulis Blog  profesional di Malaysia.
  6. Menjadikan blog sebagai   forum  perniagaan dalam talian (online).
  7. Membina sebuah forum bagi membolehkan Penulis Blog  bersuara, melahirkan pendapat, mencetuskan idea konkrit dan sebaginya kepada pihak berkuasa (kerajaan) dan mematuhi undang-undang.
  8. Saling bertukar kemahiran, pengalaman, kepakaran  dll di kalangan Bloger  dalam bidang ICT
  9. Melahirkan "stringer"  Bloger di setiap daerah, mukim, kampung, taman perumahan dll.
  10. Memahami dan menyebar luas  segala peraturan atau undang-undang yang berhubung-kait dengan penggunaan ICT di bawah Akta  Komunikasi dan Multimedia  serta juga Akta Hak Cipta.
Penulis-penulis Blog yang berminat untuk hadir pada perjumpaan ini boleh menghubungi penganjur menerusi e-mel  editor.usp5@gmail.com. Cenderahati (mempunyai imej/logo di atas) diberikepada peserta yang pertama, ke-15, ke-25 dan ke-50 yang terawal mendaftar.
Penyertaan terhad untuk 50 orang sahaja.

Maklumat-maklumat selanjutnya akan diberitahu di laman ini dari semasa ke ssemasa.

Terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai