Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Seorang pesara guru, Haji Ramli Haji Yusop (gambar bawah), 59 tahun akan membuktikan, pesara sepertinya   masih gagah untuk berbasikal mengelilingi  Semenanjung Malaysia sejauh 2,580 km selama 30 hari. Kemampuan beliau  itu juga sepatutnya disegani oleh golongan muda. "Jika orang tua boleh, mengapa tidak oleh orang muda",  seloroh Hj Ramli.

Sebelum ini, beliau telah berbasikal ke Singapura yang memakan masa selama enam (6) hari dan ke Padang Besar melalui Cameron Highland. Haji Ramli juga berjaya mendaki (berbasikal)  Gunug Jerai di Kedah selama 12 hari tanpa masalah kesihatan dan sebagainya.

Lihat maklumat  mengenai aktiviti berbasikal Haji Ramli  di sini.


Hj Ramli (kiri) sering menghabiskan masa lapangnya dengan mengayuh basikal

SYABAS kepada Haji Ramli dan rakanya,  saudara Karim semoga dipermudahkan Allah segala cabaran dan menamatkan kayuhan dengan selamat. Penulis akan berusaha untuk melaporkan perkembangan semasa mengenai kayuhan beliau di laman ini.

Jadual Kayuhan:

Hari pertama (26 Sept): Semenyih, Selangor ke Kuala Sungai Baru, Melaka (124 km)
melalui Jalan Semenyih-Bangi Lama, Nilai, Salak Tinggi, Sepang, Bukit Pelandok, Lukut, Port Dickson, Teluk Kemang, Linggi dan Kuala Sungai Baru, Melaka. 

Perjalanan hari pertama (Tidak menunjukkan  laluan yang tepat)

Hari kedua (27 Sept): Kuala Sungai Baru ke Parit Jawa, Johor (106 km)
melalui Masjid Tanah, Bandar Melaka, Alai, Merlimau, Tanjung Agas, Muar dan Bandar Maharani 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat