Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Maklumat terkini pada jam 4.00 petang, 26 Sept (hari pertama)
(Kemas kini akan dibuat sebaik sahaja Webmaster mendapat maklumat daripada lokasi)


  •  Telah sampai di Kg Kuala Sungai Baru, Melaka pada jam 3.55 petang dengan jarak perjalanan sejauh 125 km. Jika ditolak masa rehat, makan, solat dll selama 2 jam, bererti kayuhan ini memakan masa selama 6 jam 12 minit atau dengan anggaran 20 km sejam.

  • Kini kedua-dua pengayuh sedang berehat dan urusan kemas diri.

  • Esok perjalanan akan diteruskan menuju point kedua di Parit Jawa, Muar Johor, kira-kira 106 km.

8.00 pagi

Alhamdulillah, kayuhan Jelajah Malaysia sudah bermula pada  jam 7.43 pagi dengan keadaan cuaca yang cukup baik. Kedua-dua pengayuh, Haji Ramli  Haji Yusop dan Sdr Karim Salleh dijangka tiba di point pertama di Kuala Sungai Baru, Melaka sebelum jam 5.00 petang ini. Pengayuh akan bermalam di Kuala Sungai Baru sebelum meneruskan kayuhan ke Parit Jawa, Muar, Johor pada 27 Sept 2010.

Sebelum berlepas, seorang wakil penduduk telah menyampaikan sumbangan peribadi daripada YB ADUN Semenyih, Tuan Haji Johan Abdul Aziz dan sumbangan kilat daripada penduduk Bandar Sunway, Semenyih dan juga Ahli UMNO Cawangan Desa Mewah.



Berbaju merah ialah Sdr Karim Salleh dan berbaju kelabu,  Haji Ramli Hj Yusop mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Mohd Faiz Ibrahim (berbaju putih) sejurus sebelum kayuhan dimulakan.

Menyampaikan sumbangan bagi pihak YB ADUN Semenyih, Tuan Hj Johan Abdul Aziz.  Turut disampaikan ialah sumbangan daripada rakan-rakan  dari Bandar Sunway Semenyih dan ahli UMNO Taman Desa Mewah

Bagus! - Sebahagian rakan dan jiran-jiran mengangkat tangan menandakan sokongan sejurus sebelum kayuhan dimulakan

Ditembu bual oleh Wartawan Utusan Melayu, Berita Harian dan New Straits Times sambil bersarapan pagi

Berbaju kuning biru ialah Pak Chad, pernah mencipta rekod kayuhan basikal secara solo ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kehadiran Pak Chad memberi suntikan  semangat kepada kedua-dua pengayuh.




Basikal  berharga lebih RM3,500 yang digunakan dalam misi  Jelajah 1 Malaysia. Gambar atas basikal milik Haji Ramli dan bawah, Sdr Karim. Berat basikal tersebut kira-kira 3 kilogram sahaja (tidak termasuk berat barang)

Ulasan

  1. Salam

    Kami dari team Sunway mengucapkan tahniah kepada Bang Karim dan Bang Ramli. Jangan lupa balik nanti kita offroad lagi kat blakang.

    TQ

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai