Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Hari Kedua
27 Sept 2010

Terkini:
  • Pengayuh sedang berehat, pengemasan diri sambil melihat persekitaran kawasan sementara menunggu hari esok  untuk kayuhan ke point ketiga, Tanjung Piai, Kukup (Pontian) dengan anggaran jarak 138 km. Tanjung Piai digelar Lokasi Paling Selatan Benua Asia.
  • Jam 1.30 t/hari telah sampai di point kedua, Parit Jawa Muar, Johor.
  • Sampai di Semabok, Melaka pada jam 9.05 pagi meneruskan kayuhan ke Duyong, Kandang, Alai, Telok Mas, Pernu, Umbai,  Pulai, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai sebelum memasuki negeri Johor.
Kayuhan daripada point pertama (Melaka) ke point kedua, Parit Jawa, Muar Johor (anggaran 120 km) seperti ditunjukkan pada peta google (klik). Peta tidak menunjukkan laluan yang tepat. Pengayuh akan mempertimbangkan laluan-laluan yang sesuai. Semoga semuanya berjalan lancar.
Maklumat terkini akan dimuatnaik apabila mendapat makluman daripada lokasi.

Petikan Akhbar bertarikh 27 Sept 2010





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai