Kesedaran Mengenai Riadah - Mendaki Bukit Broga


2 April 2011 lalu, 43 orang ahli  dan penyokong UMNO cawangan Taman Desa Mewah telah mendaki Bukit Broga, Semenyih. Pendakian tersebut merupakan sebahagian daripada  program menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan riadah dan menjaga kesihatan ke arah gaya hidup  yang sihat. Sebahagian besar daripada peserta belum pernah mendaki bukit tersebut dan pengalaman kali pertama itu amat menyeronokkan mereka.


 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz telah meluangkan  masa untuk bersama para peserta  sebaik sahaja kesemua peserta berjaya turun.  Datuk Johan juga sempat makan tengahari bersama para peserta berkenaan.




Tak percaya? Basikal pun boleh naik ke puncak Bukit Broga

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai