Turapan Laman Surau

Merujuk entri penurapan laman Surau Taman Desa Mewah yang dipos pada 1 Mac 2011 di sini (klik) sukacita diberitahu, kontraktor sedang giat melaksanakan kerja-kerja menurap halaman surau itu yang dibiayai oleh Implementation Coordination Unit (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Semua kerja penurapan dijangkan selesai  pada  minggu ini. 


Surau Taman Desa Mewah. Gambar: Azley Kassim

Projek penurapan bernilai RM30,000 itu diusahakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz. Ia telah diumumkan  oleh Datuk Johan pada 16 Januari 2011  ketika merasmikan Hari Keluarga dan Sukaneka taman itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai