Kayuhan Sejauh 2,544 KM

 Hj Ramli diiringi motorsikal berkuasa tinggi. Gambar@KEMOJA KLLK

Haji Ramli Hj Yusof, 60 tahun berjaya menamatkan jelajah berbasikal dari Sematan, Sarawak ke Tawau, Sabah melalui Brunei sejauh 2,544 km. Misi kayuhan bermula pada 27 Feb 2001 hingga 1 April 2011, selama 33 hari. Sebelum ini beliau telah menjelajah Semenanjung Malaysia. Kayuhan 1Malaysia

Ketibaan beliau di Taman Desa Mewah, Semenyih pada 3 April lalu disambut kira-kira 100 penduduk dalam satu majlis ringkas tetapi meriah. Menghargai usaha yang tidak semua orang mampu melakukannya, Haji Ramli telah diiringi oleh 20 penunggang motosikal berkuasa tinggi  sejauh kira-kira dua kilometer. Antara kelab motor yang terlibat ialah Kelab Motosikal Kuala Lumpur dan lembah Klang (KEMOJA KLLK), Ladies Bikers dan lain-lain.  Majlis sambutan  turut dihadiri oleh ADUN Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz.

bersambung.....

dari Blog:

1. Klik: Video Liputan Tawau Bloggers 
2.  Cari

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai