Anugerah Kecemerlangan

Seramai 33 orang pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2010 telah diberikan penghargaan oleh UMNO Taman Desa Mewah dengan kerjasama YB Datuk Hj Johan Abd Aziz, ADUN Semenyih.


Antara yang menerima penghargaan itu ialah 14 pelajar UPSR yang memperolehi 4A ke atas, 15 pelajar PMR yang mendapat  6A ke atas dan 5 orang pelajar SPM yang memperoleh 7A ke atas.
Mereka merupakan penduduk Taman Desa Mewah dan penghargaan itu tidak terbatas kepada
ahli atau penyokong UMNO sahaja. Ini terbukti apabila, penghargaan juga diberikan kepada calon-calon India dan Cina yang cemerlang.

 "Walaupun ia dianjurkan oleh UMNO sebagai parti politik tetapi, penganjurannya tidak bermotifkan politik, sebab itu semua pihak yang berjaya diberikan penghargaan", kata jurucakap penganjurnya.

Mereka telah menerima sekeping sijil penghargaan dan wang tunai yang disampaikan oleh YB Datuk Hj Johan. Majlis yang diadakan pada 3 April lepas merupakan yang kedua diadakan oleh UMNO Desa Mewah. Pada tahun lalu majlis serupa diadakan untuk menghargai kejayaan  calon-calon yang menduduki peperiksaan pada tahun 2009. Insya Allah, penghargaan yang serupa kepada pelajar-pelajar cemerlang akan diadakan setiap tahun oleh UMNO cawangan Taman Desa Mewah.
Kejayaann anak-anak di Desa Mewah amat membanggakan seperti Mohd Shafiq Ashraf bin Zainal Abidin memperlehi 9A dalam PMR. Manakala Nur Syaza Adibah Bt Mohd Shahar dan Cheng Sze Yin memperoleh 11A dalam SPM.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai