Khamis, 7 April 2011

Lori-lori Besar

Sejak kebelakangan ini, lori-lori besar yang membawa muatan berat seperti batu dan pasir sering membuat pusingan U di simpang Taman Desa Mewah, Semenyih. Perbuatan itu  amat membahayakan di samping boleh menyebabkan kemalangan dan menganggu kelancaran trafik. Walaupun sudah dimaklumkan kepada Polis Trafik, namun ia masih berlaku. Lagipun, bukan sepanjang masa Polis Trafik boleh berada di lokasi  kejadian.
 Hari ini, sebuah lori dengan muatan berat telah rosak ketika membuat pusingan U di situ. Ia telah menyukarkan pemandu kenderaan lain. Lori membawa barang dan bas sekolah tidak dapat keluar atau masuk ke Taman Desa Mewah hampir tiga jam. Kejadian yang berlaku kira-kira 9 pagi itu berlarutan sehingga 1 tengahari dan pada kira-kira jam 1130 pagi, dua orang Polis Trafik telah dihantar ke lokasi selepas penulis membuat laporan.  Sepatutnya,  tuan punya lori atau syarikat yang terlibat diberi amaran oleh pihak polis dan saman perlu dikeluarkan jika keadaan itu masih dilakukan oleh pemandu masing-masing.

1 ulasan:

  1. Sebelum ini, lori2 tu, terutama yg dari kuari, akan buat pusingan u dekat Shell. Bila jln dah di tutup, jalan mudah untuk lori2 tu adalah di simpang masuk ke Desa Mewah la. JKR dan MPKj perlu cari alternatif untuk lori2 tu, atau tutup kuari.

    BalasPadam