Isnin, 25 April 2011

Memperkasa Wanita Islam

Golongan wanita seharusnya tidak terkeliru dengan menganggap Pertubuhan Wanita Islam
(WI) sebagai sebuah pertubuhan politik kerana kegiatannya untuk memartabatkan wanita di kalangan masyarakat. Keahlian WI dibuka kepada semua wanita tanpa mengira fahaman politik walaupun terdapat ahli-ahli parti politik  yang menjadi Ahli Jawatankuasanya (AJK). Justeru, wanita Islam Bandar sunway Semenyih baru-barau ini bersatu menubuhkan persatuan itu yang dianggotai kira-kira 52 orang.


Dalam ucapan alu-aluan, ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz mengucapakan tahniah di atas penubuhan WI taman itu. Belia berharap AJK yang dipilih  dapat menyusun program-program yang dapat memperkasakan wanita Islam di bidang ekonomi, pendidiakn, keagamaan dan juga sosial.
Selain itu, Datuk Johan juga mengingatkan  peranan wanita sebagai ibu  yang perlau diutamakan pada setiap masa. Wanita juga diharap peka kepada cabaran-cabaran politik, ekonomi dan pendidikan  dan perlu memainkan peranan bagi mempastikan kemakmuran berkekalan.


WI Bandar Sunway Semenyih diketuai oleh Pengerusinya Azizah Mohd Yusof dan Setiausahanya Hamidah Mahadi.  Bendahari ialah Wahidah Abdul Ghani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan