RM580,000 Untuk Baiki Masjid dan Surau

Unit Penyelerasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukan sebanyak RM580,000 menerusi dana kerajaan persekutuan untuk menaik taraf atau membaik pulih 15 buah masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih pada tahun 2011. Setiap surau atau masjid di kawasan itu telah dan akan menerima antara RM30,000 hingga RM50,000 untuk tujuan tersebut.


Pegawai ICU, Mohd Faizal (kiri) pada sesi lawatan tapak di  Masjid Kg Pasir Baru, Hulu Semenyih

Masjid atau surau yang terlibat dipilih berdasarkan keperluan yang mendesak. Antaranya disebabkan keadaan surau atau masjid tersebut dalam keadaan yang uzur atau boleh menyebabkan bahaya jika tidak dibaikpulih.

Dalam lawatan tapak yang dilakukan oleh pegawai ICU pada 11 April lalu, sebuah masjid dan surau yang terlibat dengan projek tersebut telah selesai dilaksankan. Masjid Raja Muda Musa Semenyih telah menerima sebanyak RM50,000 untuk menambah ruang solat manakala Surau Taman Desa Mewah sebanyak RM30,00 digunakan untuk menurap halaman surau. Kerja-kerja bagi fasa pertama bagi 13 buah masjid atau surau yang lain sedang dalam pelaksanaan dan kesemuanya dijangka dapat disempurnakan sebelum bulan Ramadhan tahun ini.
Tambahan ruang solat di Masjid Raja Muda Musa

Sebagai makluman, masjid dan surau terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh parti Pakatan Rakyat. Namun kerajaan Persekutuan tetap memberikan peruntukan tersebut menerusi ICU setelah dipohon oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz. Terdapat lebih daripada 60 buah masjid atau surau di Semenyih.

Projek membaik pulih beberapa buah masjid dan surau yang dikenal pasti di Semenyih akan diteruskan menerusi fasa kedua sebaik sahaja peruntukan yang diperlukan diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Ulasan

  1. Seharusnya Kerajaan Persekutuan yg diketuai oleh orang Islam hendaklah menunaikan tanggungjawab utuk meningkatkan mutu dan bagaimana untuk menaikkan syariat Islam... tak perlulah diperkatakan ; "masjid dan surau terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh parti Pakatan Rakyat. Namun kerajaan Persekutuan tetap memberikan peruntukan" kerna itu sememangnya tanggungjawab sbg umat yg beragama Islam........

    BalasPadam
  2. harap dapat dijadikan surau yang boleh bersolat jumaat dikawasan desa mewah dan bandar sunway untuk kemudahan penduduk sekitar. terima kasih

    BalasPadam
  3. Insya Allah cadangan tuan akan terlaksana dengan kerjasama smeua penduduk kedua-dua taman berkenaan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai