Maut Di Jalan Raya

Update:
 
Petikan Utusan Malaysia Online
Kementerian mulakan siasatan kemalangan ragut 12 nyawa

11/10/2010 5:09pm

SEREMBAN 11 Okt. - Kementerian Pengangkutan telah memulakan siasatan berhubung kemalangan yang meragut 12 nyawa di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, dekat Rembau petang semalam.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementeriannya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Miros untuk menjalankan siasatan tersebut.

"Bas ekspres yang terbabit adalah bas baru dan didaftarkan pada 2007. Siasatan awal mendapati bas tersebut kerap menjalani pemeriksaan biasa Puspakom dan kali terakhir bas ini diperiksa pada Mei lepas.

"Kita akan menjalankan siasatan lanjut terhadap sistem stereng dan brek bas terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang cedera dalam kemalangan itu di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini hari ini. - Bernama

Komen Semenyih Baru

1. Kenyataan seolah-olah hendak menyatakan, "bas baru tidak akan kemalangan?"
1.2  Pandu  kenderaan darat, tapi ramai yang bawa kapal terbang!
2. Seperti  tragedi lepas, siasatan dibuat. Periksa, stereng, brek, tayar dll. Tak mungkin mendapat sebab yang tepat kerana ia telah berlaku. Lepas periksa, siasat apa  pula jadi seterusnya? Diam saja dan kecoh lagi bila berlaku kemalangan baru?
3. Kalau diperiksa sebelumnya secara berkala bagaimana? Modus operandi/SOP pemeriksaan perlu dkaji semula.
4.  Ya, dikatakan sering menjalani  pemeriksaan Puspakom -  adakah bermaksud jika diperiksa Puspakom tidak akan berlaku kemalangan?
4.2 Apakah kemalangan disebabkan oleh faktor kecuaian (manusia) atau teknikal (peralatan kenderaan/komponen) atau keadaan jalan raya/cuaca atau sebab lain?
5. Jika bas itu dipandu  80km/jam  (sebagai contoh), adakah  kesannya sama seperti kemalangan yang berlaku itu? Pandu perlahan, kesan (impak) kurang berbanding laju!
6. Pemantuan di jalan raya. Siapa yang memantau pemanduan kenderaan berat khususnya di jalan/lebuh raya? Berapa banyak pemandu yang memandu mengikut had laju dan berapa ramai pula yang memecut tanpa mengira had laju? Ada statistitik?  Syarikat mana yang  ramai pemandunya tidak ikut peraturan?
7. Jika ada pemantauan, berapa kerap dilakukan/ berapa kali  sehari/seminggu/sebulan/setahun?
8. Dulu heboh nak pasang "kotak hitam", "GPS" dll alat yang boleh merekod kelajuan pemandu. Sejauh mana ia berkesan? Atau sekadar menguntungkan penjual peralatan? Atau yang dihebohkan itu tidak dilaksankan?
9. Teknologi semakin maju. Masih nak guna kaedah  manual untuk mengesan/merekod kelajuan sesebuah kenderaan? Bukankah peralatan GPS dengan tambahan peralatan kamera boleh mengesan dan mengetahui  dari arah mana sekali pun.
10. Bagaimana peranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam  Darat (SPAD)? Dia orang buat apa? Adakah cara bekerja dia orang/modus operandi/standard of procedures (SOP) sama juga macam LPKP dan JPJ bekerja?
11. Akan ada alasan, "kita tak cukup pegawai, tak cukup penguatkuasa untuk pantau di jalan raya..... dan bla.. bala.. bla"
12. Sejauh mana pihak berkuasa peduli kenderaan yang dipandu laju di jalan raya/kenderaan rosak di lebuh raya atau yang berhenti atau yang suka potong-memotong bila memandu? Siapa yang kesah?
13. Tolonglah.... himpunkan segala yang bijak pandai, mereka yang berkaitan.... buat persidangan, adakan sesi sumbang-saran, kaji, selidik, bahaskan dll kaedah untuk mencari   penyelesaian kepada isu yang tak pernah selesai ini. Kalau buat persidangan di hotel 5 bintang pastikan ia berlangsungs ecara serius, ada kesedaran, ada tanggungjawab bukan sekadar duduk di tilam yang empok!
14. Tiada masalah yang tidak boleh selesai (melainkan mati) jika kita semua sedar dan insaf kepada peranan dan tanggungjawab masing-masing.


Gambar diambil daripada Utusan Malaysia

Mala Petaka 10.10.10
Siapa yang bersalah, siapa yang patut disalahkan, siapa pula yang patut mengambil tindakan dan penguatkuasaan? Sudah terlampu banyak kali isu kemalngan jalan raya diperkatakan tetapi sejak dahulu, angka kemalangan bukan pernah berkurangan sebaliknya meningkat, sama meningkat dengan pertambahan kenderaan yang didaftarkan setiap hari, setiap tahun.

Persoalannya apakah serius penguatkuasaan undang-undang di jalan raya? Atau sekadar ia bermusim, dengan pelbagai Ops pada musim perayaan sahaja? Dalam temph Ops sekalipun, kemalangan tetap banyak dan  ramai pemandu  secara selamba memandu   seolah-olah tidak ada langsung peraturan atau undang-undang di jalan raya.

Saya selalu juga memandu dari Kuala Lumpur, ke Melaka dan Johor Baharu. Kadang-kadang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau ke Kuantan. Pengalaman saya,  kenderaan berat seperti  trelar, lori dan bas teurtamanya masih pantas memotong saya sedangkan  saya memandu pada kelajuan 110 km sejam atau kurang. Berapa lajukah kenderaan berat itu dipandu sehingga dapat memotong saya dengan sekelip mata?

Sepanjang perjalanan itu, rasanya boleh dikira berapa kali saja saya bertemu dengan para penguatkuasa di jalan raya, hatta ada kalanya langsung tidak berjumpa atau tidak ternampak kereta peronda atau sebagainya. Analoginya, memandu ke Johor Baharu dari Kuala Lumpur memakan masa antara 5 ke 6 jam. Lama tu, tak kan tak nampak anggota penguatkuasa atau kenderaannya jika ada? Tidak  tahulah pulak jika mereka (penguatkuasa) menyamar atau tidak menggunakan uniform ketika bertugas. Andaiannya, bila tiada penguatkuasa di jalan raya, adakah para pemandu kita akan mematuhi peraturan? Itulah yang menyebabkan banyak berlaku kemalangan kerana pemandu yakin, mereka tidak diperhatikan atau kemungkinan untuk disaman itu terlalu kurang.

Menempatkan  anggota penguatkuasa secara  "sembunyi" atau "menyorok"  sudah merupakan kaedah lapok yang tidak releven lagi untuk diguna-pakai.  Menyaman pemandu  yang memandu laju dengan cara menggunakan kamera yang tersorok juga bukan merupakan langkah penguatkuasaan yang berkesan. Sebabnya,  pihak berkuasa "tidak dapat" mendidik pengguna jalan raya untuk memandu pada kelajuan yang dibenarkan atau memandu secara selamat.  Sedangkan kita tidak mahu, pemadu menmandu secara "gila" dan berbahaya. Letaklah 100 kamera tersembunyi sekali pun di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, adakah setiap pemandu akan memandu  secara berhemah? Berlainan pula jika pemandu mengetahui, di hadapannya ada penguatkuasa yang memantau atau memerhatikan mereka. Kalau  mereka nampak ada anggota Polis Trafik atau anggopta JPJ di hadapan, beranikah pemandu tersebut memecut laju? Lalau berani juga laju, rasanya yang memandu  itu bukan manusia?  Lainlah, kalau matlamatnya untuk mendapatkan kutipan saman yang banyak.  Justeru, kaedah manakah yang lebih berkesan?

Pada musim perayaan yang lepas, saya nampak ada beberapa pondok pemantau di sepanjang lebuh raya. tetapi saya tidak jelas apa peranannya kerana setiap kali saya melalui pondok tersebut, saya dapati anggota yang bertugas sekadar duduk, berehat atau mungkin juga yang tidur-tidur ayam di dalamnya. Di manakah pemantauannya?

Kesimpulannya, kaedah baru perlu dicari agar kemalangan dapat dikurangkan dengan serta-merta. Mati di jalan raya di Malaysia seolah-olah macam kematian di Palestin yang dibunuh oleh Israel setiap hari. Orang Malaysia juga mati setiap hari terutama di jalan raya!

Link video kemalangan daripada blog  Sdr Hasrul

Ulasan

  1. Saya fikir penguatkuasa kita masih ok... kalau tidak masakan saman di negara kita tinggi. Dan ikut rekod, dan saya pasti anda juga tahu .. ramai pemandu bas dan lori ada jumlah saman yang banyak.

    Jadi soal penguatkuasaan itu rasanya kita dah lakukan yang terbaik. Namun, yang banyak jadi masalah adalah sikap - bagaimana rakyat kita terlalu dimanjakan sehingga naik kepala .. ada saman tak mahu bayar. Bila disuruh bayar .. nak diskaun - kata penguatkuasa buat silap dan macam2 lagi. Belum lagi kita tgk bagaimana sebab terlalu manja - rakyat kita dengan mudah langgar undang2 walaupun telah tahu undang2 .. telah tahu ada kempen.. telah tahu di situ ada speedtrap ... still ...

    Ulasan mengenai sikap dan kemalangan ada saya paparkan dalam blog selama beberapa minggu ini termasuk ulasan dari JKJR dan MIROS (bos MIROS adalah mantan bos saya).

    Saya juga ingin mengatakan apabila kita ingin laksanakan undang2 yang lebih tegas kepada pemandu dan pengguna jalanraya - ada sahaja yang membantah. Bila kita nak kuat-kuasa undang2 menghadkan jumlah kenderaan masuk ke bandar dengan adanya sistem tol tertutup .. ramai yang bantah - akibatkan jumlah kenderaan meningkat di jalanraya.

    Bila kita ingin melarang penggunaan kenderaan yang umurnya lebih dari 10 tahun - terdapat juga bantahan.

    dan macam-macam lagi. Saya fikir - cara paling elok adalah dengan melakukan pendekatan yang tidak popular seperti di luar negara - di mana penguatkuasaan lebih strict - undang2 lebih tegas dikenakan.... walaupun hanya tidak memakai helmet ke kedai - gantung lesen seumur hidup!

    BalasPadam
  2. elok diwajibkan pemasangan speed limited pada semua kenderaan berat....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai